Pada 5 Oktober 2015, Skuad Patrol Dengue SKSHS telah mengadakan lawatan ke Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching. 15 orang ahli skuad telah dipilih sebagai wakil untuk menimba ilmu berkaitan dengan penyakit demam denggi sebagai persediaan dalam menyebarkan informasi tentang penyakit demam denggi kepada orang awam dan keseluruhan komuniti di sekitar kawasan sekolah.
Berikut adalah foto ketika lawatan:
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai-pegawai di Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching atas kerjasama ketika lawatan diadakan.
No comments:
Post a Comment